Home » Citra Yadim » Peluang kerjasama YADIM – FAMA

Peluang kerjasama YADIM – FAMA

KUALA LUMPUR – Sebagai salah satu usaha di bawah inisiatif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Berdikari, badan dakwah ini telah mengadakan perbincangan bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Perjumpaan pada 17 Disember ini adalah bagi meneroka ruang kerjasama dan bantuan kepakaran daripada FAMA dalam membantu YADIM untuk membina kapasiti dan model perniagaan yang bersesuaian.

Pada peringkat awal terdapat dua bidang kerjasama yang telah dikenal pasti iaitu usahasama anak syarikat FAMA atau FAMACORP bersama anak syarikat YADIM dalam bidang peruncitan dan bekalan serta bidang pertanian kontrak.

Beberapa projek quick win telah dikenalpasti untuk dilaksanakan segera.

Memorandum kerjasama yang komprehensif antara kedua-dua pihak juga sedang dirangka yang akan menyenaraikan peluang kerjasama yang lebih menyeluruh dan berdaya tahan bagi kelangsungan kedua-dua pihak.

Dalam perbincangan ini, FAMA diketuai oleh Ketua Pengarahnya sendiri iaitu Yang Berbahagia Dato’ Zainal Abidin Yang Razalli dan Pengarah Bahagian Galakan Pasaran, Mohd Ridzuan Sirun manakala YADIM diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Mohd Dawami Awang Senik, Pengarah Kanan Sektor Kewangan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *