Home » Langit Terbuka » Pemain ragbi New Zealand gembira peluk Islam

Pemain ragbi New Zealand gembira peluk Islam

PEMAIN ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams meluahkan kegembiraan dan syukur semenjak memeluk agama Islam pada 2009.

Melalui akaun di laman Twitter dan Instagram, Williams mengatakan beliau dipandu seorang sheikh untuk melawat beberapa lokasi, antaranya Kaabah dan Masjid Al-Nabawi.

“Rasa sangat seronok dapat melawat Masjid Al-Nabawi di Madinah,” kata Williams di Instagram.

Williams sebelum ini ditemuramah Mail Online dan menceritakan pengalamannya selepas memeluk Islam.

“Saya bangga menjadi orang Islam. Saya dapat rasa kegembiraan dan ketenangan yang telah lama saya cari.

“Sebelum saya memeluk Islam, saya tinggal di Toulon dan selalu risau dengan benda remeh-temeh. Kemudian saya berjumpa dengan satu keluarga yang berasal dari Tunisia dan mereka selalu belanja saya sarapan.

“Mereka tidak minta apa-apa dari saya dan cuma meminta panduan dari Allah S.W.T. dan itu membuatkan saya terfikir,” akhiri Williams.

Berdasarkan kapsyen-kapsyen dalam foto dan video lain, Williams dijangka melakukan umrah tidak lama lagi. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *