Home » Citra Yadim » Pemantapan dakwah di Sarawak

Pemantapan dakwah di Sarawak

 

 

mesyuarat NGO sarawak (2) mesyuarat NGO sarawak (3)mesyuarat NGO sarawak (1)

KUCHING 6 Nov. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak telah mengadakan Mesyuarat Majlis Tindakan Dakwah NGO Islam Negeri Sarawak bertempat di  YADIM Zon Sarawak pada 2 November lalu bagi membincangkan pelbagai perkara untuk memantapkan gerakan dakwah di negeri ini.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Sarawak Awang Dulhadi Awang  Mat berkata, dalam pertemuan  berkenaan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan agensi agama yang hadir telah memberi sambutan yang baik dan memberikan input-input bagi pelaksanaan dakwah di Sarawak.

“Sebanyak 14 NGO dan tiga wakil agensi telah hadir dalam mesyuarat ini dan mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk bersatu melaksanakan pelbagai program secara bersama,’’ katanya.

Beliau berkata, secara ringkasnya, mesyuarat berkenaan telah membincangkan pelbagai perkata terutamanya mengenai strategi dan pemantapan kerjasama gerak kerja dakwah di dalam pelan tindakan dakwah NGO Islam Sarawak.

Katanya,ahli-ahli mesyuarat juga telah bersetuju dengan cadangan mewujudkan Kluster Hak Asasi Umat Islam Sarawak dalam pelan Majlis TIndakan Dakwah (MTD) yang berperanan untuk mengangkat isu-isu hak umat Islam di Sarawak.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *