Home » Citra Yadim » Pemantapan RSY IPG Zon Utara

Pemantapan RSY IPG Zon Utara

Minggu ini cukup bermakna bagi Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Utara kerana julung kalinya berlangsung program yang menghimpunkan penggerak Rakan Siswa YADIM di sana.

Lima buah IPG yang terlibat menghantar peserta dan pelapis kepimpinan RSY ke program pemantapan peringkat zon ini yang memfokuskan kepada jati diri, kepimpinan dan kerohanian sekali gus melengkapi hasrat pembangunan sahsiah dan moral bakal-bakal guru IPG – Kementerian Pendidikan Malaysia.

Watikah kepimpinan RSY juga telah diberikan kepada peserta bagi menggerakkan RSY dan program dakwah di IPG masing-masing.

Sesi penyerahan watikah tersebut dihadiri oleh De Hj Asri Md Saman, Ketua Jabatan JPIM IPGK Darulaman, Dr Mohd Azolman Zulkufli, JPIM IPGK P.Pinang, Dr Amir Mohd Nason, JPIM IPGK Sultan Abdul Halim, Ustaz Shahkib Arselan pensyarah IPGK Tuanku Bainun dan Ustaz Ahmad Rahimi Ishak IPGK Perlis.

Manakala daripada YADIM pula diwakili oleh Encik Shahrizal Mat Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM dan Saifullah Baiduri Penolong Pengarah KEMUDA YADIM (Ketua Unit Politeknik dan IPG).

YADIM melalui Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) berharap kesemua peserta dan IPG yang terlibat dapat memberi sumbangan yang baik serta menggerakkan usaha dakwah yang berterusan kepada masyarakat.

Program pemantapan sebegini juga akan diteruskan di peringkat zon IPG yang lain InsyaAllah.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *