Home » Langit Terbuka » Pemikiran khawarij, takfiri membimbangkan – Mohd Na’im

Pemikiran khawarij, takfiri membimbangkan – Mohd Na’im

Mohd Na’im

KUALA LUMPUR – Gelombang pemikiran khawarij dan takfiri di negara ini kini berada pada tahap membimbangkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, kerajaan mengambil pendekatan untuk memastikan segala usaha dan program-program yang diadakan dapat membendung gelombang pemikiran itu.

“Bagi menangani pemikiran khawarij dan takfiri daripada terus berleluasa, pihak kerajaan sentiasa memantau pengajaran agama Islam sama ada melalui ceramah dan kelas-kelas pengajian di tempat awam seperti masjid dan surau juga dalam media sosial agar dapat memupuk semangat perpaduan dan tidak menyimpang daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Khamis.

Pemikiran khawarij ialah menjatuhkan mana-mana pemerintah yang dilabelkan ‘zalim’, manakala takfiri merujuk kepada sikap seseorang yang mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam.

Mohd Na’im berkata, kerajaan juga akan memastikan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah benar-benar bertapak dan difahami masyarakat Islam.

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *