Home » Langit Terbuka » Pemilik ‘Nasi Kak Wook’ boleh ambil tindakan undang-undang

Pemilik ‘Nasi Kak Wook’ boleh ambil tindakan undang-undang

Maheran Ibrahim (tengah) bersama anaknya, Siti Nur Hidayah (kiri), dan Mastura Ibrahim menjadi pemilik dan pelapis perniagaan Nasi Kak Wook asli. Foto : Sinar Harian

KUALA LUMPUR – Pemilik perniagaan ‘Nasi Kak Wook’ boleh mengambil tindakan undang-undang bagi penggunaan jenama dan logonya tanpa kebenaran bertulis.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) berkata jenama dan logo ‘Nasi Kak Wook Original Recipe The Taste Is Begin 1970’ telah didaftarkan pada 17 Oktober 2014.

Pendaftaran itu dibuat di bawah pemilikan sah penama iaitu Mastura binti Ibrahim, Che Ab Aziz bin Amat, dan Maheran binti Ibrahim yang beralamat perniagaan di Nasi Kak Wook, Lot 9 Jalan Asrama Zainab, Off Jalan Telipot Kota Bharu, Kelantan.

“Pihak MyIPO selaku pendaftar dan custodian (penjaga) harta intelek di Malaysia ingin menegaskan bahawa pendaftaran jenama dan logo ini diiktiraf undang-undang Malaysia di bawah Akta Cap Dagangan 1976,” kata perbadanan itu dalam kenyataan hari ini.

Menurut Seksyen 38 Akta Cap Dagangan 1976, pelanggaran cap dagangan adalah termasuk penggunaan cap dagangan yang serupa atau yang menyerupai cap dagangan berdaftar, sehingga ia mungkin menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna. – Bernama

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *