Home » Citra Yadim » Pencarian Da’ie YADIM Zon Sabah

Pencarian Da’ie YADIM Zon Sabah

KOTA KINABALU 22 Dis. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Da’ie Murabbi (Da’ie YADIM) di Pejabat YADIM Zon Sabah.

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia serta rakyat negeri Sabah;
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun;
  3. Sihat tubuh badan dan disahkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar;
  4. Tidak menjawat sebarang jawatan rasmi di jabatan/agensi kerajaan/swasta lain;
  5. Mempunyai kelayakan akademik yang diiktiraf;
  6. a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  7. b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  8. c) Diploma dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  9. d) Syahadah Institut Tahfiz dan latihan Al-Quran dari Maahad Tahfiz Bahagian Agama, JPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  10. e) Sijil Tinggi Pelarajan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  11. f) Sijil IV Thanawi/ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) daripada sekolah agama bantuan penuh kerajaan;

dan

  1. g) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  2. h) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam subjek Agama Islam dan lulus Bahasa Arab.

Cara permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Pejabat YADIM Zon Sabah;
  2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
  3. Salinan Ijazah/Diploma/STPM/STAM;
  4. Salinan Sijil SPM atau setaraf;

iii. Salinan Transkrip Akademik;

  1. Salinan Kad Pengenalan;
  2. Salinan Sijil Kokurikulum;
  3. Profil Peribadi (Resume);

vii. Sekeping gambar berukuran pasport;

viii. Sampul surat berukuran 20sm x 28sm bersetem RM1.00 dan beralamat sendiri;

  1. Surat permohonan dan dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat dan disudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON ke alamat berikut:

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,

YADIM Zon Sabah,

Lot E-4-7 & E-4-8, Plaza Tanjung Aru,

Jalan Mat Salleh,

88100 Kota Kinabalu.

  1. Tarikh Tutup Permohonan: 29 Disember 2017 (JUMAAT).
  2. Catatan Am
  3. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga
  4. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *