Home » Langit Terbuka » Pendekatan agresif polis bantu kekang penularan Daish – Pakar Kriminologi

Pendekatan agresif polis bantu kekang penularan Daish – Pakar Kriminologi

KUALA LUMPUR 25 Dis. – Pendekatan agresif polis dilihat membuahkan hasil dalam usaha mengekang kegiatan Daish dan fahaman militan di Malaysia daripada merebak.

Pakar Kriminologi Datuk Akhbar Satar berpendapat, perkara itu menyukarkan kumpulan pengganas daripada terus bertapak dan menyebarkan fahaman mereka.

“Namun, saya percaya pihak polis masih lagi memantau rapat situasi ini untuk memastikan kegiatan pengganas dapat ditumpaskan sebelum ia bertapak di negara ini.

“Sebagaimana yang kita ketahui, pengaruh Daish sudah mula memasuki Malaysia sejak tahun 2013. Jika dilihat kepada keadaan sekarang, kegiatan mereka terbantut berbanding sebelumnya memandangkan pendekatan agresif pihak polis, terutamanya unit counter-terrorism dalam hal ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Tambah beliau, usaha itu dikukuhkan lagi dengan kerjasama antara pihak polis dengan pakar akademik dalam bidang counter-terrorism.

Akhbar diminta mengulas mengenai penyebaran fahaman Daish di Malaysia selepas polis pada Sabtu telah mengesahkan penahanan seorang lelaki warga Malaysia di Lapangan Terbang Jinnah, Karachi, Pakistan kerana menyeludup senjata api.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, pihaknya sedang meneliti penglibatan suspek berusia 20 tahun dari Serian, Sarawak itu dengan Daish.- ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *