Home » Langit Terbuka » Penduduk PPR Seri Pantai tidak ambil iktibar

Penduduk PPR Seri Pantai tidak ambil iktibar

Kerja-kerja memasang jaring keselamatan di rumah PPR Kuala Lumpur minggu lepas.

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Kejadian malang yang meragut nyawa adik S. Sathiswaran, 15, dalam kejadian pada 15 Jan lepas, masih belum dijadikan iktibar oleh penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai.

Usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL ) mewujudkan suasana selamat pada PPR itu dengan memasang jaring keselamatan, sebaliknya hanya menimbulkan pandangan kurang menyenangkan apabila ia kini menjadi ‘perangkap’ kepada pelbagai sampah yang dibuang penduduk rumah pangsa itu dari tingkat atas.

Tinjauan Bernama mendapati pelbagai jenis sampah, kebanyakannya ialah bungkusan makanan dan minuman, terdapat di atas jaring tersebut.

Pada 15 Januari lepas, S. Sathiswaran maut di tempat kejadian pada 8.10 malam di Blok 102 di PPR Seri Pantai ketika sedang melalui

Kejadian itu, bagaimanapun tidak mampu mendidik penduduk di situ untuk belajar supaya tidak lagi melontar sampah sesuka hati mereka tanpa rasa bersalah. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *