Home » Citra Yadim » Penduduk Taman Ria Jaya, Flat Paya Nahu terima sumbangan Deepavali

Penduduk Taman Ria Jaya, Flat Paya Nahu terima sumbangan Deepavali

SUNGAI PETANI – Komuniti India yang memerlukan di Parlimen ini terus mendapat perhatian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah.

Selepas Pekan Lama dan Taman Keladi, sumbangan disampaikan pula kepada penduduk Taman Ria Jaya dan Flat Paya Nahu di sini pada 3 November.

Sebanyak 40 pek sumbangan untuk golongan B40 disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria di
di Perkarangan Surau Al Ikhwan, Taman Ria Jaya.

Turut hadir Penasihat Pertubuhan Belia Sejahtera Sungai Petani, Ustaz Aizat Abdullah, Pegawai Khas (Portfolio) Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sidam, Fuad Yusoff, Penceramah bebas Ustaz Shah Shamugam Abdullah dan pemimpin komuniti India, Bala Raja a/l Manikam.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *