Home » Langit Terbuka » Penentang RUU355 miliki sikap Islamophobia

Penentang RUU355 miliki sikap Islamophobia

KUALA LUMPUR 12 Mac – Golongan yang menentang Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) disifatkan memiliki sikap Islamophobia melampau.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, golongan berkenaan berasa terancam dengan agama Islam hingga sanggup menentang pindaan rang undang-undang itu secara membuta tuli, tanpa berusaha memahami tujuannya.

“Sebut Islam nak lawan, ini fikir cara tak betul, semata-mata fobia atau Islamophobia. Ini yang sebenarnya iaitu sikap benci terhadap Islam itu sendiri,” katanya seperti yang dipetik dalam sebuah portal tempatan di sini hari ini.

Beliau berucap demikian dalam Majlis Makan Malam dan Dialog PRU14: Masa Depan Pas, di Dewan Seri Iskandar, Setiawangsa, di sini semalam.

Kata Abdul Hadi, pindaan RUU 355 bertujuan membo­lehkan negeri-negeri melaksanakan sebahagian hukum Islam, bukan hukum hudud atau qisas.

Katanya, hukum hudud atau qisas masih tidak boleh dilaksanakan kerana terdapat beberapa halangan tertentu, tetapi sebahagian hukum takzir iaitu sebat boleh dilaksanakan.

Kata beliau, hukum takzir diperkenalkan dalam Islam berbeza dengan pelaksanaan undang-undang sedia ada seperti hukuman sebat sekarang ini yang dilakukan sehingga pecah kulit daging dan pengsan.

“Sebatan dalam Islam adalah sebatan untuk mendidik bukan mendera. Dipukul di khalayak, bukan untuk menyakitkan,” jelasnya.- https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *