Home » Langit Terbuka » Penentuan Kuota Haji Tiada Kaitan Politik

Penentuan Kuota Haji Tiada Kaitan Politik

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh

PUTRAJAYA –  Penentuan kuota haji tiada kaitan dengan unsur politik sebaliknya ia ditentukan berdasarkan populasi keseluruhan sesebuah negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh berkata justeru rakyat di negara ini dinasihatkan tidak perlu panik dan sentiasa merujuk kepada pihak yang sepatutnya sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

“Sebenarnya kuota haji ini jumlahnya biasanya kira-kira 30,000 setiap tahun dan ia bergantung kepada populasi sesebuah negara. Biasanya ia adalah 0.1 peratus daripada populasi keseluruhan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan sebuah portal berita kononnya kerajaan Arab Saudi akan menyekat atau mengurangkan kuota haji rasmi Malaysia pada musim ibadah berkenaan tahun ini.

Tabung Haji dalam satu kenyataan semalam mengesahkan kuota haji rasmi negara kekal sebanyak 30,200 seperti tahun lalu dan kuota terbabit adalah seperti yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi, iaitu sebanyak 0.1 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia.

Terdahulu Fuziah menghadiri Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 2017 dan Majlis Graduasi Program Felo Muda Dakwah (FMD) YADIM Sesi 7/8 di sini, hari ini. – BERITA HARIAN ONLINE

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/445322/penentuan-kuota-haji-tiada-kaitan-politik

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *