Home » Langit Terbuka » Pengajar rancangan Muqaddam, Hassan Azhari meninggal dunia

Pengajar rancangan Muqaddam, Hassan Azhari meninggal dunia

Menurut Allahyarham, Mohd. Hazli Hassan, Allahyarham dimasukkan ke HKL Ahad lalu selepas disahkan menghidap penyakit itu - Kosmo

KUALA LUMPUR – Pengajar rancangan Muqaddam yang popular sekitar awal 1970-an, Tan Sri Hassan Azhari meninggal dunia pada pukul 5.07 petang hari ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana menghidap kanser limfoma tahap empat.

Menurut menantunya, Mohd. Hazli Hassan, Allahyarham dimasukkan ke HKL Ahad lalu selepas disahkan menghidap penyakit itu.

“Jenazah akan dibawa ke rumahnya di No. 2 Persiaran Keramat Hujung sebelum dikebumikan,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Allahyarham Hassan, 90, menjadi pengajar rancangan Muqaddam selama lapan tahun di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1970-an.

Tokoh Maal Hijrah 2002 itu juga pernah melaungkan azan semasa menyambut kemerdekaan negara di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Allahyarham juga merupakan hakim pertandingan Tilawah al-Quran paling lama berkhidmat dalam negara selama 46 tahun.

Allahyarham juga merupakan bapa kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pelakon terkenal tanah air, Jalaluddin Hassan.- Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *