Home » Citra Yadim » PENGAYUH terima sumbangan YADIM Terengganu

PENGAYUH terima sumbangan YADIM Terengganu

KUALA TERENGGANU – “Sudahlah permintaan berkurangan, kos menternak pula naik, akibatnya harga jualan terpaksa kami naikkan di saat permintaan semakin berkurangan.

“Akibatnya kemampuan menternak berkurangan kepada separuh daripada kapasiti asal,”.

Demikian situasi mendesak yang dihadapi pengusaha pengusaha ternakan puyuh di negeri ini.

Mereka memohon agar diberikan sedikit sumbangan agar dapat membantu meringankan beban mereka. Cakna dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu segera tampil menyampaikan sedikit sumbangan pada 4 Ogos.

Bertempat di surau Kampung Kekura di sini, seramai 47 orang pengusaha burung puyuh, di bawah Persatuan Pengusaha Puyuh Terengganu (PENGAYUH) menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin.

Hadir sama ialah Pengerusi PENGAYUH, Ahmad Mubin Mohamad  dan setiausaha Persatuan, Azizi Majid dan wakil Jabatan perkhidmatan Verterinar Terengganu.

Selain sumbangan barangan keperluan harian, ahli PENGAYUH yang disantuni juga menerima khidmat nasihat dan bimbingan daripada jabatan verterinar dan YADIM.

Mereka yang disantuni mengucapkan berbanyak terima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan YADIM dan jabatan verterinar.

 

Artikel Berkaitan

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *