Home » Persuasif » Pengesahan jantina itu perlu – MACSA

Pengesahan jantina itu perlu – MACSA

PENGESAHAN jantina sangat perlu dalam perundangan negara walaupun sesetengah pihak mendakwa perkara itu tidak mustahak sedangkan pejuang hak asasi sendiri memperjuangkan kepentingan golongan itu.

Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat atau Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA), mengkritik tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangankan isu gender tetapi enggan untuk menerima hakikat perlunya seseorang dikategorikan sama ada lelaki atau perempuan.

Pengerusi Bersama MACSA, Azril Mohd Amin dan Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar dalam kenyataannya menyelar sikap NGO terbabit yang hanya mahukan pengesahan jantina hanya dilakukan melalui pertanyaan sama ada seseorang itu lelaki atau perempuan.

“Pihak pro-LGBT telah mendakwa ujian pengesahan jantina terhadap Sajat adalah tidak perlu. Adakah mereka tidak perlukan jantina tertentu dalam dunia mereka? Sedangkan mereka menubuhkan NGO yang berasaskan kepada jantina tertentu seperti Sister in Islam, Women’a Action Society dan sebagainya.

“Persoalan pokok yang dibawa oleh NGO tersebut ialah “gender identity is not determined by our genitals”. Malah mereka menegaskan, hanya dengan mengemukakan soalan sama ada lelaki atau perempuan sahaja, cukup untuk mengesahkan jantina diperlukan.

“Sebenarnya mereka masih lagi keliru di antara jantina dan mood seseorang,” katanya dalam kenyataan berkenaan, mengulas isu yang tular di media baru-baru ini apabila seorang blogger kontroversi Sir Azri atau Papagomo secara terbuka mengkritik pengusaha kosmetik terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Sajat seringkali memuat naik gambar beliau di laman media sosial dengan berpakaian menjolok mata dan aksi tidak manis bersama lelaki yang didakwa teman lelakinya.

Dalam masa sama, Sajat dikatakan telah mengaku dilahirkan sebagai khunsa dan mempunyai ciri-ciri yang cenderung ke arah seorang wanita.

Namun, kenyataan Sajat ini dibantah keras oleh Papagomo yang mendakwa Sajat adalah lelaki tulen dan hanya berlagak seperti seorang wanita.

Kontroversi itu mengajak pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk turut membantu menyelesaikan kemelut berkenaan.

Pada 15 Januari lalu, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd. Izwan Yusof menerusi ‘mesej terbuka’ di laman sosial Facebook menyuarakan hasratnya untuk bertemu Sajat.

Menerusi ‘mesej terbuka’ itu, Izwan yang juga pakar dalam menangani isu berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Jakim berhajat bertemu Sajat, memandangkan isu yang timbul kebelakangan ini berkaitan dirinya hingga menimbulkan banyak persoalan di kalangan masyarakat.

Selepas pertemuan itu, Dr. Mohd. Izwan dilaporkan berkata pihaknya bersedia menyelesaikan isu berkenaan jika mendapat persetujuan daripada Sajat untuk menjalani proses pengesahan oleh doktor pakar yang mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan. Sajat pada mulanya bersetuju tetapi selepas `dihasut’ pihak tertentu, Sajat membatalkan untuk menjalani proses pengesahan.

Dalam masa yang sama, pertubuhan Sisters in Islam (SIS) menempelak Jakim atas usaha untuk mengesahkan jantina kerana ia “mencabuli hak individu dan boleh menghina maruah seseorang sebagai seorang manusia.”

MACSA tidak melihat isu bantuan Jakim memberikan nasihat dalam proses pengesahan jantina yang melibatkan aspek perubatan, perundangan dan pandangan Islam itu sebagai usaha untuk menganggu hak asasi Sajat kerana dibuat secara persetujuan.

“Jakim sebagai sebuah agensi yang menyelaras hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan menawarkan penyelesaian kepada persoalan yang dicetuskan oleh orang awam. Soal menganggu tidak timbul, malahan tawaran tersebut adalah bergantung kepada beliau sama ada untuk menerima atau menolak.” – MyEhwal

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *