Home » Langit Terbuka » Penghayatan Hadis 40 Imam al-Nawawi diperluas ke TABIKA KEMAS

Penghayatan Hadis 40 Imam al-Nawawi diperluas ke TABIKA KEMAS

Asyraf Wajdi ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Buku Hadis 40 Imam al-Nawawi di UniSZA, hari ini. - FOTO BERNAMA

KUALA NERUS: Kurikulum Pendidikan Islam di TABIKA bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) seluruh negara akan dimantapkan lagi dengan modul pembelajaran Hadis 40 Imam al-Nawawi yang dijangka bermula Jun depan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata sebagai permulaan, pelaksanaan itu bakal membabitkan 4,145 daripada 10,840 TABIKA KEMAS di seluruh negara sebelum diperluaskan ke semua TABIKA secara berperingkat pada tahun depan.

“Bilangan 4,145 TABIKA itu membabitkan kira-kira 80,000 murid. Inisiatif untuk membudaya dan merakyatkan Hadis 40 Imam al-Nawawi ini adalah hasrat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), justeru Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bawah Menterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) berhasrat memulakannya pada peringkat prasekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Ahmad Zahid pada Majlis Pelancaran Buku Hadis 40 Imam al-Nawawi di Dewan al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *