Home » Citra Yadim » Usaha perkasa imej, pendanaan digital YADIM

Usaha perkasa imej, pendanaan digital YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus berusaha meneroka ruang bagi mengumpul dana untuk gerak kerja dakwahnya melalui pelbagai medium digital.

Menerusi medium digital sedia ada miliknya, YADIM juga berusaha memastikan setiap sumbangan diurus dengan cekap dan telus serta sampai selain berjaya mencapai hasrat para penyumbangnya.

Bagi tujuan itu pada 16 Januari, satu perbincangan lanjut telah diadakan dengan Ibnu Auf Ventures, sebuah syarikat pemasaran teknologi  digital, di ibu pejabat YADIM di sini.

Mewakili YADIM ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Dr Muhamad Razak Idris serta Pengarah Kanan Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsanya, Dr Masitah Esa.

Antara yang disentuh dalam perbincangan itu termasuklah usaha peningkatan imej dan pembangunan sistem pendanaan menerusi media digital YADIM.

Projek ini adalah salah satu usaha memperkasakan media digital YADIM sebagai platform untuk dakwah dan menggalakkan masyarakat turut serta dalam program dakwah.

YADIM telah pun memiliki medium pengumpulan dakwah secara digital menerusi laman webnya, dan diharap menerusi Ibnu Auf Ventures, ia akan memperkasakan lagi medium berkenaan agar lebih berdaya saing serta telus.

Kedua pihak akan mengadakan perbincangan dan kajian leanjut mengenai usaha ini.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *