Home » Persuasif » Penjagaan kesihatan dituntut ke atas ummah

Penjagaan kesihatan dituntut ke atas ummah

OLEH NURHI DAYAH ABDULLAH

ISLAM menetapkan tujuan kehadirannya adalah untuk memelihara agama, jiwa, akal, kesihatan dan harta benda umat manusia. Manusia yang sihat ialah manusia yang sejahtera serta seimbang jasmani dan rohaninya dan sentiasa aktif.

Dengan kesihatan, manusia dapat meningkatkan kualiti hidupnya semaksima yang mungkin dan dapat meningkatkan pengabdiannya kepada Allah s.w.t serta sesama manusia.

Agama amat menekankan kepentingan penjagaan kesihatan serta pencegahan sesuatu penyakit. Malah kita diberikan petunjuk oleh Rasulullah s.a.w, supaya apabila ditimpa sesuatu penyakit, kita hendaklah segera mengubatinya kerana Allah tidak menurunkan penyakit kecuali diturunkan pula ubatnya.

Dalam usaha mengekalkan dan menjaga kesihatan, ia bukan hanya dilihat sebagai urusan perseorangan atau keluarga tetapi yang ditekankan juga ialah kepentingan pencegahan penyakit.

Justeru dalam konteks penjagaan kesihatan, antara aspek penting yang diunjurkan oleh al-Quran dan sunah Rasulullah s.a.w dimulai dengan meletakkan prinsip pencegahan lebih baik daripada mengubati. Di samping itu manusia yang menjaga kebersihan amat dicintai oleh Allah s.w.t  kerana ia akan menjurus kepada kesihatan fizikal.

Sesungguhnya Allah s.w.t senang kepada manusia yang bertaubat dan senang kepada orang yang membersihkan diri. (Surah al-Baqarah: 22).

Dalam kandungan al-Quran surah al-Muddafstsir ayat 4 hingga 5 juga menyaran kita membersihkan pakaian dan meninggalkan segala macam kekotoran. Ini dikuatkan lagi dengan satu hadis yang amat kukuh mengenai kebersihan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Kebersihan adalah sebahagian dari iman.”

Beberapa contoh pencegahan serta pengamalan menyarankan agar kita menutupi hidangan, mencuci tangan sebelum makan, memberus gigi, larangan bernafas ketika minum, tidak membuang air di tempat yang tidak mengalir atau di bawah pohon. Terdapat banyak contoh dan praktik yang dituntut agama dalam konteks menjaga kesihatan.

Bahkan sebelum dunia mengenal erti perkataan kuarantin, Rasulullah s.a.w terlebih dulu menetapkan cara pencegahan atau menghindari wabak penyakit dalam sabdanya yang bermaksud:

“Apabila kamu mendengar adanya wabak di suatu daerah, janganlah mengunjungi daerah tersebut, tetapi apabila kamu berada di daerah itu, janganlah meninggalkannya.

 

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *