Home » Langit Terbuka » Penunjuk perasaan Palestin maut ditembak tentera Israel

Penunjuk perasaan Palestin maut ditembak tentera Israel

GAZA 22 Dis – Penduduk Palestin melancarkan lebih banyak bantahan anti-Amerika Syarikat (AS) hari ini dan sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan maut di Semenanjung Gaza selepas undian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Asap berkepul dari tayar terbakar dalam demonstrasi di Baitulaham di jajahan Tebing Barat, dua hari sebelum sambutan Krismas di bandar berkenaan.

Tembakan Israel mengenai lelaki Palestin berusia 24 tahun dan mencederakan 10 penunjuk perasaan lain ketika demonstrasi disertai insiden membaling batu di Semenanjung Gaza, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin.

“Zakaria al-Kafarneh, 24, maut selepas ditembak di dada di timur Jabalia (di utara Gaza),” kata jurucakap kementerian dalam satu kenyataan.

Saksi berkata, seorang penunjuk perasaan yang cedera mengejek Presiden AS, Donald Trump sebagai ‘bodoh’ dan ‘pengecut’ serta berpakaian Santa Claus.

Bantahan meletus di semua tujuh bandar Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis.

Pihak berkuasa kesihatan berkata, sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin cedera terkena peluru getah dilepaskan pasukan keselamatan Israel yang turut melepaskan gas pemedih mata. -Reuters/AFP

Artikel Berkaitan

Ceramah Ihya Ramadan YADIM Pulau Pinang

BERTUJUAN Meningkatkan Kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan ibadah dalam bulan Ramadan, YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala

Kunjung hormat SAY Pekan ke YADIM Pahang

PEJABAT YADIM Negeri Pahang telah dikunjungi oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Pekan pada 14 Februari. Rombongan seramai sembilan orang ini yang diketuai oleh

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *