Home » Citra Yadim » Penyerahan kit Musaádah 3.0 kepada Maahad Muhammadi Lilbanat

Penyerahan kit Musaádah 3.0 kepada Maahad Muhammadi Lilbanat

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 5 Julai telah melakukan penyerahan kit musaadah kepada Mudir Maahad Muhammadi Lilbanat, Ustaz Haji Ahmad Pakhruddin Deraman. Acara ringkas ini disaksikan wakil Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Yayasan Islam Kelantan (YIK), Ustaz Harun Ismail, yang mewakili Pengarah YIK.

Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Yang Berhormat Ahmad Fathan Mahmood. Kit musaadah ini akan diagihkan kepada ibubapa pelajar daripada kategori B40 sekitar Kota Bharu.

Dilaporkan seramai 2,000 orang pelajar dan seramai 600 orang berada di sekitar Kota Bharu daripada pelbagai latar belakang berbeza akan menerima manfaat daripada pengagihan kit ini.

Pihak madrasah merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan YADIM serta menyatakan hasrat untuk turut membantu YADIM dalam usaha memperkasakan dakwah.

Yang Berhormat Ahmad Fathan dalam reaksinya memaklumkan YADIM amat berbesr hati dengan tujuan tersebut serta berharap lebih ramai pihak akan turut serta dalam usaha tersebut.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *