Home » Citra Yadim » Penyerahan Pelan Strategik YADIM 2022-2024

Penyerahan Pelan Strategik YADIM 2022-2024

PUTRAJAYA – YADIM pada 17 Mei telah menerima Pelan Strategik 2022-2024 yang akan memandu gerak kerja badan ini melestari gerakan dakwah sepanjang tempoh tersebut.

Pelan strategik ini adalah hasil program pemukiman pengurusan YADIM sebelum ini di Kuantan pada Februari lalu sebelum dimurnikan dan diserahkan semula kepada badan dakwah ini.

Sebanyak 97 program utama dirancang untuk diadakan sepanjang tempoh tiga tahun ini dengan antara hasrat yang digariskan ialah untuk menjadikan YADIM sebagai pusat rujukan dakwah peringkat Asia Tenggara.

Pelan strategik berkenaan disampaikan oleh wakil Ilmuwan, syarikat konsultan YADIM, Prof Madya Dr. Mohd Hanif Yaacob kepada Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan dalam satu majlis ringkas di ibu pejabat YADIM di sini.

Dalam ucapannya, Ustaz Nasrudin berkata pelan ini sangat penting dan relevan dengan inisiatf melestari gerakan dakwah yang dilaksanakan YADIM kini. Menurutnya, badan dakwah ini tidak boleh bergerak tanpa perancangan teliti.

Dr Mohd Hanif pula berkata, YADIM sewajarnya berbangga dengan pelan strategik ini kerana menurutnya, ia menyamai pelan pelan strategik dimiliki syarikat syarikat terkemuka.

Ujarnya lagi, pelan dan program yang disusun YADIM juga menepati kehendak Maqasid Syariah yang dijadikan panduan urus tadbir negara.

Hadir sama ke acara penyerahan ialah Ketua Pegawai Eksekiutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan kepimpinan badan dakwah ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *