Home » Langit Terbuka » Perak lancar kempen solat subuh berjemaah

Perak lancar kempen solat subuh berjemaah

IPOH 9 Sept. – Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir melancarkan kempen solat subuh berjemaah di masjid-masjid dalam usaha mendidik umat Islam di negeri ini supaya terus istiqamah dalam menunaikan ibadah.

Beliau berkata, waktu subuh penuh dengan rahsia besar, malah sejarah umat Islam turut menyaksikan semangat perjuangan kental terbina hasil solat yang turut didirikan pada malam hari.

“Saya pernah solat subuh di beberapa masjid di Turki dan melihat jemaahnya penuh di sana. Malahan, rakyat turun beramai-ramai menantikan waktu subuh sehingga pernah menggagalkan cubaan rampasan kuasa oleh pi­hak tentera di sana.

“Namun, saya juga amat terpegun apabila mengetahui di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di negeri ini, gerakan solat subuh telah digerakkan oleh Panglima Armadanya sendiri sejak lebih setahun lalu bagi membentuk kerohanian anggota,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran kempen solat subuh tersebut di Kediaman Menteri Besar, di sini malam semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatan­kuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Mohd. Nizar Zakaria; Pengarah Jabatan Agama Islam Pe­rak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin dan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad yang mengetuai solat isyak dan hajat secara berjemaah sebelum majlis tersebut berlangsung.

Dalam pada itu, Mohd. Yusop berkata, kempen solat subuh berjemaah akan dimulakan dengan seruannya dimasukkan dalam khutbah kedua solat Jumaat pada setiap minggu sepanjang tahun ini selain satu modul turut sedang dirangka bagi menggerakkan inisiatif tersebut.

https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *