Home » Langit Terbuka » Perkasakan mahkamah syariah – Tengku Abdullah

Perkasakan mahkamah syariah – Tengku Abdullah

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

MARAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menyarankan supaya mahkamah syariah di negeri ini diperkasakan setaraf dengan mahkamah sivil.

Sehubungan itu, baginda bertitah meminta pihak berkenaan mengkaji perkara itu dengan menyeluruh.

“Kalau kita tidak melaksanakannya sekarang, mungkin kita tidak akan buat lagi selepas ini…kita buat dahulu  sebelum perinciannya diperhalusi pihak pentadbiran dan perundangan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas merasmikan Masjid Jamek As-Sobirin Felda Kampung New Zealand di sini hari ini.

Turut hadir Anggota Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib dan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *