Home » Citra Yadim » Persembahan I-Buskerah YADIM di Perpustakaan Raja Tun Uda

Persembahan I-Buskerah YADIM di Perpustakaan Raja Tun Uda

Persembahan Buskerah YADIM menghiburkan anak-anak kecil.

SHAH ALAM – Pada 20 Ogos, kumpulan Buskerah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Sukarelawan Al Falah (SAF) YADIM telah mengadakan persembahan di Perpustakaan Tun Uda Shah Alam.

Kumpulan berkenaan bukan sahaja membuat persembahan lagu-lagu nasyid, tetapi juga berinteraksi bersama-sama para pengunjung yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak.

Beberapa lagu nasyid kanak-kanak telah disampaikan seperti “25 Rasul’ oleh trio buskerah YADIM, Ustaz Muzammil Musbah, Ustaz Arif Adzwan Ali dan Ustaz Faiz Safwan.

Penubuhan buskerah YADIM adalah sebahagian daripada inisiatif dalam mempelbagaikan teknik dakwah yang secara langsung memberikan kelainan dalam menyampaikan mesej-mesej Islam.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *