Home » Citra Yadim » Persidangan Antarabangsa Isu Gaza di Istanbul, Turki

Persidangan Antarabangsa Isu Gaza di Istanbul, Turki

YANG Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus ketika ini mewakili Malaysia ke Persidangan Antarabangsa Isu Gaza di Istanbul, Turki.
Turut hadir bersama ialah Dr. Shamsul Azhar Yahya dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan Ustaz Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia).
Bertujuan mengangkat peranan ulama dunia dan media massa terhadap rakyat Gaza, ia turut dihadiri wakil-wakil dari Pakistan, Indonesia dan Turki sendiri.
Pada masa yang sama, ia juga untuk meningkatkan kerjasama kerajaan dan badan bukan kerajaan Islam terhadap bantuan kepada warga Gaza dan Palestin selain menyebar luas keperihatinan dunia terhadap isu berkenaan.
Hasil daripada perbincangan ini akan diangkat kepada kerajaan negara-negara Islam yang menghadiri persidangan ini.
Program ini merupakan anjuran badan bukan kerajaan, Sinanwren Foundation yang berpangkalan di United Kingdom.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *