Home » Citra Yadim » Persidangan Meja Bulat Yang Dipertua YADIM Bersama NGO Islam Sabah

Persidangan Meja Bulat Yang Dipertua YADIM Bersama NGO Islam Sabah

YADIM Sentiasa berusaha memperbaiki program yang dilaksanakan dan hubungan kerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.
Menerusi Persidangan Meja Bulat Yang Dipertua YADIM Bersama NGO Islam Sabah di Kota Kinabalu pada 3 Oktober, badan dakwah ini bertemu dengan wakil-wakil NGO bagi membincangkan program yang boleh dijalin dan diadakan bersama untuk manfaat umat.
Sesi sumbang saran juga diadakan bagi membolehkan interaksi dua hala berlangsung antara kedua pihak, agar pertemuan ini benar benar memberi hasil positif.
Selain Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, hadir sama ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Haji Sainuri Yahmin, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Encik Ahmad Saparudin Yusup, Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsuddin dan pegawai-pegawainya.
Seramai 57 peserta daripada 20 NGO menyertai program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *