Home » Citra Yadim » Pertemuan YDP YADIM bersama YAB Perdana Menteri

Pertemuan YDP YADIM bersama YAB Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Perdana Menteri berharap Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dapat berperanan dalam menggerakkan usaha dakwah di setiap lapisan masyarakat terutama di kawasan pedalaman, terhadap golongan anak muda dan belia, mahasiswa serta remaja.

Demikian antara hasil pertemuan antara Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz di pejabat Perdana Menteri di sini.

Pertemuan pertama kali semenjak Nik Omar memegang amanah selaku Yang Dipertua badan dakwah ini berlangsung selama sejam dengan kedua tokoh ini bertukar pandangan dalam pelbagai perkara.

Hadir sama ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Y.Bhg Leftenan Kolonel Dato’ Dr. Samsu Adabi Haji Mamat dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Dalam pertemuan ini, Tun Dr Mahathir menyatakan pendapat beliau bahawa negara Islam pada hari ini lemah, kerana pepecahan dan cara pemahaman agama Islam itu sendiri.

Beliau menegaskan, Islam perlu difahami dan diambil dari sumber utama iaitu Al-Quran sendiri di samping mengambil hadis-hadis yang sahih sebagai rujukan.

Sementara itu, Nik Omar membawa dua perkara penting dalam pertemuan tersebut. Pertamanya jemputan YADIM kepada YAB Tun Dr Mahathir sebagai perasmi dalam acara penutup Multaqa Ulama Asia Tenggara yang akan berlangsung pada November ini.

Dalam majlis itu nanti, beliau juga turut dijemput untuk menyampaikan amanat dan menerima resolusi multaqa berkenaan.

Keduanya Nik Omar menerangkan berkaitan hala tuju YADIM ke arah pemerkasaan usaha dakwah di Malaysia dari sudut strategi dan langkah ke depan.

Perdana Menteri menyambut baik segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh YADIM.

Sebelum mengakhiri pertemuan, Nik Omar sempat menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada YAB Perdana Menteri sebagai tanda penghargaan.

YADIM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemimpin nomnor satu negara ini kerana meluangkan masa berharga beliau untuk pertemuan ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *