Home » Langit Terbuka » Peruntukan agensi Islam lebih RM6 juta untuk mangsa banjir

Peruntukan agensi Islam lebih RM6 juta untuk mangsa banjir

Antara bantuan yang akan diterima oleh mangsa banjir daripada agensi Islam Persekutuan adalah barangan asas dan keperluan segera, kit-kit ibadah, bekalan makanan kering dan basah, Food Bank dan makanan siap, penempatan tinggal sementara dan pelbagai lagi. - Foto FB

KUALA LUMPUR –  Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diperuntukkan sebanyak RM6,635,680 untuk diagihkan kepada mangsa yang terlibat dengan musibah banjir.

Menterinya Senator Idris Ahmad berkata, agensi-agensi di bawahnya telah menggerakkan pasukan Skuad Musa’adah Agensi Agama untuk berkhidmat di semua kawasan terjejas di seluruh negeri yang terlibat dalam bencana tersebut.

Antara bantuan yang akan diterima oleh mangsa banjir adalah barangan asas dan keperluan segera, kit-kit ibadah, bekalan makanan kering dan basah, Food Bank dan makanan siap, penempatan tinggal sementara dan pelbagai lagi.

“Saya berharap bantuan yang diperuntukkan ini dapat membantu sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mangsa tragedi dan akan pastikan bantuan ini segera sampai kepada yang memerlukan.

“Dari semasa ke semasa, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan melaporkan perkembangan semasa bantuan kepada mangsa banjir yang amat terkesan ketika ini,” dalam kenyataanya.

Berikut adalah perincian jumlah yang telah diperuntukkan oleh agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama):

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): RM550,000

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM): RM1,633,280

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) : RM1,000,000

Baitulmal MAIWP: RM750,000

Yayasan Taqwa Malaysia: RM500,000

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI): RM102,400

Tabung Haji : RM1,600,000

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM): RM500,000                                                          

 — AlHijrah Online

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *