Home » Langit Terbuka » PM Anwar beri kepercayaan tinggi kepada perkhidmatan awam

PM Anwar beri kepercayaan tinggi kepada perkhidmatan awam

(GAMBAR FAIL) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ketua setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali pada hari pertama beliau memulakan tugas sebagai Perdana Menteri pada 25 November 2022. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Setahun pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Kerajaan Perpaduan pimpinannya berjaya melaksanakan tanggungjawab penting khususnya dalam menjaga kebajikan penjawat awam.

Malah, pimpinan Perdana Menteri telah memberi kepercayaan tinggi kepada perkhidmatan awam dalam melaksanakan agenda pembangunan negara, serta meletakkan Malaysia di trajektori yang tepat menuju ke arah sebuah negara maju.

Perkara itu diakui sendiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali mewakili keseluruhan penjawat awam yang berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Anwar.

Jelasnya, tahap kepuasan hati penjawat awam itu berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) dan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU).

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *