Home » Langit Terbuka » PM tegur pihak yang fobia berkaitan Islam

PM tegur pihak yang fobia berkaitan Islam

Perdana Menteri berkata, tujuan beliau mencadangkan pengajaran Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi adalah bagi meningkatkan kefahaman murid-murid Islam, dan menegaskan modul itu tidak diajar kepada bukan Islam. - Foto FB

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  menegur sikap segelintir masyarakat bukan Islam yang seolah-olah menjadi fobia setiap kali mendengar perkara mengenai Islam.

Ini berikutan bantahan segelintir pihak mengenai pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang disasarkan kepada murid beragama Islam di sekolah agama dan sekolah bantuan kerajaan.

Anwar berkata, tujuan beliau mencadangkan pengajaran hadis tersebut bagi meningkatkan kefahaman murid-murid Islam, dan menegaskan modul itu tidak diajar kepada bukan Islam.

“Kadang-kala bukan Islam ini pun dia macam Islamophobia. Bila dengar Islam sahaja dia fobia. Itu masalah juga.

“Tetapi apakah kita paksa bukan Islam? Tak. Adakah kita wajibkan bukan Islam baca 40 hadis? Tidak. 40 hadis ini hanya untuk pelajar-pelajar Islam.

“Kenapa kita (perkenalkan) begitu? Kerana kedangkalan ilmu jadi masalah. Kerana kedangkalan ilmulah orang boleh fitnah, boleh cerca, boleh buat hukuman suka hati,” jelas beliau.

Perdana Menteri berkata demikian semasa sesi soal jawal dalam program Temu Anwar yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia pada 3 September.

Anwar berkata, untuk menjadi seorang Islam yang baik memerlukan ilmu dan pengajaran hadis berkenaan adalah salah satu daripada cara dan pendekatan yang realistik.

Katanya, tidak seharusnya membaca menjadi satu isu kerana ia mendatangkan manfaat.

“Saya baca semua terutama masa dalam penjara banyak waktu. Al-Quran, tafsir dan hadis saya baca. Kitab lama Cina saya baca. Oh, saya jadi Cina? Tidak.

“Kerana bila saya jadi pemimpin, masyarakat Cina jadi sebahagian keluarga saya.

“Kemudian India, fahaman Hindu, Buddha saya tak galakkan semua baca, tapi sebahagian kita kena faham,” tambah beliau.

Kementerian Pendidikan (KPM) pada 19 Ogos lalu melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah.

Kontroversi tercetus apabila Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) membantah hasrat tersebut dan mendakwa ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta hak kebebasan beragama.

Bagaimanapun bantahan itu kemudiannya mereda selepas KPM menjelaskan modul itu akan hanya diajar kepada murid-murid Islam.- MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *