Home » Langit Terbuka » PM ulangi pendirian Malaysia terus bersama dalam perjuangan Palestin

PM ulangi pendirian Malaysia terus bersama dalam perjuangan Palestin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian Malaysia untuk terus bersama dalam perjuangan rakyat Palestin.
Beliau berkata perkara itu dikongsi dengan beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Cinta Gaza Malaysia (CGM), Cinta Syria Malaysia (CSM) dan Global Peace Mission (GPM) dalam satu pertemuan di Parlimen hari ini.

“Saya turut berkongsi usaha kerajaan dalam mengadakan perbincangan dengan pemimpin dunia Islam bagi mencari solusi terbaik untuk meredakan ketegangan di Palestin sekali gus membolehkan bantuan kemanusiaan dan perubatan dibawa masuk,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri berkata wakil NGO terbabit turut menyatakan hasrat untuk mengadakan Himpunan Mega Sejuta Ummah Pembela Palestin bagi mengumpul dana dan mengangkat suara rakyat negara tersebut yang ditindas Zionis tanpa henti di Gaza.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.
Semalam, kerajaan mengumumkan akan menyalurkan dana RM1 juta serta-merta kepada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) kendalian Kementerian Luar susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini.

— BERNAMA

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *