Home » Langit Terbuka » Polis cari wanita edar kopi durian bercampur dadah secara percuma

Polis cari wanita edar kopi durian bercampur dadah secara percuma

Perbezaan bungkusan asal (kiri) dan bungkusan kopi campuran yang dirampas polis disyaki dicampur dadah yang menyebabkan tujuh individu dirawat di hospital pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini hari ini. Foto Kosmo

GEORGE TOWN 5 Feb.  – Seorang wanita yang mengedarkan kopi pracampuran yang disyaki mengandungi dadah secara percuma di sekitar Jelutong di sini diminta tampil bagi memberi keterangan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar pada sidang akhbar sebentar tadi berkata, keterangan wanita berketurunan Cina berusia 40-an itu dianggap penting bagi mengetahui sumbernya.

“Kita tengah kesan dia bagi mengetahui daripada mana dia dapat barang ini (kopi) untuk dia bagi (edar) secara percuma,” katanya.

Dalam pada itu Anuar berkata, setakat ini seramai tujuh individu telah menerima rawatan apabila mengadu mengalami simptom pening dan letih selepas meminum kopi itu selain lima laporan polis termasuklah dari pihak pengeluar kopi itu.

Anuar berkata, pihaknya mengsyaki terdapat unsur sabotaj apabila terdapat kesan gangguan pada pek kopi itu termasuklah keadaan kopi yang mengeras kerana teroksida, pertambahan berat, dan kesan pek yang digam semula. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *