Home » Langit Terbuka » Polis kenal pasti identiti dua penyerang London

Polis kenal pasti identiti dua penyerang London

LONDON 6 Jun –. Polis mengenal pasti identiti dua daripada tiga lelaki yang melakukan serangan ganas di London Bridge Sabtu lalu.

Mereka adalah Khuram Butt, 27, berasal dari Pakistan dan Rachid Redouane, 30, dari Libya. Kedua-duanya ditahan di Barking, London.

Penolong Pesuruhjaya Polis Metropolitan, Mark Rowley berkata, soal siasat sedang dijalankan untuk mengesahkan identiti seorang lagi penjenayah.

“Siasatan terhadap Butt telah bermula dua tahun lalu tetapi tiada risikan yang menunjukkan serangan ini sedang dirancang.

“Siasatan telah diberi keutamaan sewajarnya. Polis akan terus menyoal mereka hingga tertangkap dalang di sebalik insiden ini,” katanya.

Memetik laporan BBC, Butt sebelum ini dipenjara ekoran insiden pelampau Islam dengan pautan kepada khatib.

Selain mereka, penyerang lain telah ditembak mati oleh polis. Kesemua 12 orang ditahan selepas serangan itu kini telah dibebaskan tanpa caj.

Tujuh wanita dan lima lelaki ditahan di Barking pada Ahad lalu ekoran serangan di mana tujuh terbunuh dan 48 cedera.

Penyerang dikatakan memandu sebuah van ke kawasan pejalan kaki di London Bridge sebelum menikam orang awam di kawasan sekitar Borough Market.

18 daripada mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal.- www.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *