Home » Langit Terbuka » PPIM Sokong Pensijilan Halal Restoran Dan Hotel

PPIM Sokong Pensijilan Halal Restoran Dan Hotel

Ketua PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, langkah yang disarankan Adly itu amat bertepatan kerana cadangan itu bukan sahaja menguntungkan pengusaha industri pelancongan dan makanan negeri, malah pengguna secara keseluruhan

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong saranan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari agar pengusaha restoran dan hotel mendapatkan pensijilan halal bagi mengoptimumkan industri pelancongan dan makanan di negeri itu.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, langkah yang disarankan Adly itu amat bertepatan kerana cadangan itu bukan sahaja menguntungkan pengusaha industri pelancongan dan makanan negeri, malah pengguna secara keseluruhan.

“Saya tidak nampak bagaimana pensijilan halal merugikan peniaga sedangkan ianya lebih menguntungkan, jika tidak masakan Jepun dan China memberi penekanan kepadanya,

“Jika dilihat di Jepun dan China, kita akan dapati kerajaan kedua-dua negara itu sedang meningkatkan jumlah perniagaan dan perkhidmatan pelancongan halal bagi menarik pelancong ke Asia Barat.” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, di sini hari ini.

Saranan yang disuarakan Adly pada 28 Mei lalu mendapat kritikan netizen yang menganggap ia tidak sesuai dilaksanakan di negeri yang dimenangi majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti DAP.

Jelas Adly, pada masa ini, Malaysia menjadi tumpuan para pelancong dari Asia Barat, justeru pengiktirafan halal ini memainkan peranan penting bagi meningkatkan lagi kemasukan pelancong dari benua tersebut ke Melaka. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *