Home » Langit Terbuka » TUDM Pantau Ruang Udara Sabah Semasa Aidilfitri

TUDM Pantau Ruang Udara Sabah Semasa Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Seramai 44 pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertugas di Pusat Bantuan Operasi Udara (PBOU), Tawau, Sabah akan bertugas memantau ruang udara negeri berkenaan semasa Hari Raya Aidilfitri.

Langkah itu bagi menyokong keperluan operasi sekiranya terdapat laporan ancaman daripada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2).

Panglima Operasi Udara TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Seri Abdul Mutalib Ab. Wahab sendiri telah melakukan tinjauan di PBOU hari ini bagi memastikan tahap kesiagaan di kawasan operasi sentiasa berada di tahap terbaik.

Dalam tinjauan tersebut, beliau telah meluangkan masa untuk beramah mesra bersama pegawai dan anggota TUDM yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri di kawasan operasi selain turut menyampaikan bungkusan beg sumbangan dari Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengandungi beberapa barang keperluan makanan dan kelengkapan diri.

Semua pegawai dan anggota berkenaan juga turut menerima duit raya sumbangan Tabung Kebajikan TUDM.

Yang turut hadir, Panglima Wilayah Udara 2 TUDM, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Shabre Hussein. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *