Home » Langit Terbuka » PPZ-MAIWP lancar kempen Year End Zakat 2019

PPZ-MAIWP lancar kempen Year End Zakat 2019

Kempen pembayaran zakat itu secara tidak langsung memberi hebahan kepada masyarakat Islam tentang pelbagai kemudahan saluran bayaran zakat terkini yang disediakan PPZ - Foto mStar

KUALA LUMPUR – Umat Islam individu dan syarikat di Wilayah Persekutuan digalakkan mengambil peluang kempen ‘Year End Zakat’ (YEZ 2019) bagi menunaikan zakat harta masing-masing sebelum 31 Dis ini.

Kempen anjuran Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan membolehkan pembayar zakat mendapat rebat cukai pendapatan tahun 2019 di samping berpeluang menerima pelbagai hadiah istimewa yang turut menanti mereka antaranya berupa pakej umrah dan pelancongan.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Shukri Yusoff berkata kempen itu secara tidak langsung memberi hebahan kepada masyarakat Islam tentang pelbagai kemudahan saluran bayaran zakat terkini yang disediakan.

“Ia juga merupakan usaha kita untuk mengingatkan masyarakat supaya tidak terlepas pandang melunaskan zakat-zakat harta seperti zakat perniagaan, zakat simpanan, zakat emas dan perak, zakat saham dan qada’ zakat,” katanya selepas merasmikan kempen YEZ 2019, di sini.

Pelbagai saluran pembayaran zakat disediakan pihaknya termasuklah 10 kaunter PPZ-MAIWP di seluruh Wilayah Persekutuan yang dibuka setiap hari termasuk hari minggu dan cuti umum, program Super Sunday, Kaunter Zakat Bergerak (KZB), Zakat Ride.2U dan portal PPZ-MAIWP iaitu www.zakat.com.my.

“Untuk program Super Sunday kita adakan bagi membolehkan orang ramai membayar zakat pada hari Ahad bagi mengelakkan kesesakan kaunter pada hari biasa, KZB pula beroperasi di 12 lokasi tetap di sekitar Kuala Lumpur.

“Kita juga ada program Zakat Ride.2U iaitu pegawai kita sendiri akan ke rumah, premis dan pejabat bagi mereka yang inginkan privasi atau tidak mampu datang ke kaunter, jumlah minimum pembayaran zakat sekurang-kurangnya RM5,000 untuk menggunakan perkhidmatan ini,” kata Shukri.

Tahun ini, PPZ-MAIWP menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM710 juta daripada 190,000 pembayar zakat di sekitar Wilayah Persekutuan dan terkini, jumlah kutipan zakat adalah sebanyak RM526 juta. – Bernama

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *