Home » Langit Terbuka » Presiden Senegal sokong pemain Islam PSG boikot LGBT

Presiden Senegal sokong pemain Islam PSG boikot LGBT

GUEYE enggan memakai jersi pelangi sebagai menyokong pergerakan LGBT. -FOTO Agensi

 

Dakar – Presiden Senegal, Macky Sall menerusi Twitter menulis sokongannya kepada pemain Paris Saint-Germain (PSG), Idrissa Gana Gueye, yang menghadapi tuduhan homofobia di Perancis.

“Saya menyokong Idrissa Gana Gueye. Pegangan agamanya mesti dihormati,” tulisnya di Twitter.

Pemain tengah antarabangsa Senegal itu terlepas perlawanan Ligue 1 menentang Montpellier Sabtu di mana setiap pemain perlu memakai jersi pelangi sebagai menyokong pergerakan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Dia tidak kelihatan pada perlawanan itu atas ‘sebab peribadi’ dan bukannya kecederaan, menurut jurulatih PSG, Mauricio Pochettino.

Tindakannya itu mendorong stesen radio RMC mendakwa bahawa dia sengaja mengelak untuk beraksi supaya tidak memakai jersi itu.

Gueye juga terlepas perlawanan tahun lalu pada hari yang didedikasikan untuk memerangi homofobia.

Dia dipuja di Senegal kerana sebahagian daripada pasukan yang memenangi Piala Negara Afrika kali pertama untuk negara itu pada Februari lalu ketika menewaskan Mesir.

Di Senegal, di mana 95 peratus penduduknya beragama Islam, homoseksualiti secara meluas dianggap sebagai berdosa besar.

Perbuatan melawan fitrah manusia membabitkan sama jantina itu boleh dihukum penjara satu hingga lima tahun. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *