Home » Citra Yadim » Program Akrab Sukarelawan YADIM

Program Akrab Sukarelawan YADIM

SELAIN Fokus kepada menyantuni masyarakat, Sukarelawan YADIM (SAY) juga tidak lupa kepada ukhuwah dan kebajikan sesama anggota pasukan.
Atas semangat ini, dianjurkan program Akrab Sukarelawan YADIM pada 19 dan 20 Januari oleh YADIM Terengganu dan SAY.
Bertempat di Surau Kampung Tasek Cherang Melintang Besut, Masjid Kampung Mangkok Setiu dan Dewan Mina Banggol Donas, Kuala Terengganu, seramai 60 angota SAY Terengganu menyertainya.
Menerusi penganjuran program ini, adalah diharap agar ia mampu memperkasa SAY di setiap komuniti, khususnya di Terengganu, memupuk silaturahim antara anggota SAY dan mengajak lebih ramai anggota masyarakat menganggotai SAY.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *