KEMAMAN – YADIM Negeri Terengganu telah menjayakan Program Aspirasi Belia MADANI di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Kemaman pada 28 Julai.
Program tersebut menampilkan Penolong Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Ali Azfar Khairul Faiz yang hadir menyampaikan ceramah kepada para pelajar, khususnya pelajar-pelajar baharu IKBN Kemasik.
Dalam ceramah tersebut, Ustaz Ali Azfar menekankan kepentingan membina jati diri yang kukuh, menghayati nilai-nilai Islam serta memanfaatkan peluang menuntut ilmu sebagai bekalan menghadapi cabaran kehidupan. Beliau turut mengingatkan para pelajar agar sentiasa berdisiplin, berintegriti dan menjadi belia yang mampu menyumbang kepada agama, masyarakat serta negara.
Program ini diharapkan dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada para pelajar baharu untuk terus cemerlang dalam bidang kemahiran, di samping membentuk sahsiah yang unggul selaras dengan aspirasi melahirkan generasi belia MADANI yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Terlibat sama dalam program ini ialah Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Kemasik, Encik Rahmat Elli.



KOMEN