Home » Citra Yadim » PROGRAM Aspirasi Belia Madani anjuran YADIM Terengganu

PROGRAM Aspirasi Belia Madani anjuran YADIM Terengganu

PROGRAM Aspirasi Belia Madani :’Tahsin Ibadah Melahirkan Karamah Insaniah’ anjuran YADIM Terengganu di Pusat Giat Mara Marang, Kuala Terengganu telah berlangsung pada 13 September dengan kehadiran 35 pelajar.

Penceramah jemputan, Zamil YADIM, Ustaz Jihadi Jazmi Abdul Hamid mengadakan sesi pengajaran secara bacaan berkitab menggunakan kitab Fiqh Al-Manhaji dan dilaksanakan dalam bentuk interaksi dua hala untuk memberi lebih kefahaman para pesertanya.

Beliau menyentuh mengenai topik Wuduk dan persoalan yang berkaitan dengannya.

Peserta diberi beberapa soalan secara rawak bagi menguji sejauh mana pengetahuan mereka mengenai topik yang dibincangkan.
Ustaz Jihadi turut menerapkan motivasi tentang kepentingan memahami syariat ibadat dan kepentingan membaca Al Quran sebagai nilai tambah pengisian program.

Selain Giat Mara Marang, program yang sama turut diadakan secara bersiri di 3 lokasi lain iaitu Batu Rakit, Batu Burok dan Bukit Petiti.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *