Home » Citra Yadim » Program `Berjalan Kaki Harmoni Bersama Menteri’ YADIM Sabah

Program `Berjalan Kaki Harmoni Bersama Menteri’ YADIM Sabah

KOTA KINABALU 13 Mac – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah bersama-sama beberapa agensi di negeri ini telah menganjurkan program `Berjalan Kaki Harmoni Bersama Menteri’ pada 10 Mac lalu yang bermula dari perkarangan Masjid Negeri Sabah ke Taman Perdana Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Pengarah YADIM Zon Sabah, Samin Ongki berkata, program ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada orang ramai dengan jumlah penyertaan seramai 400 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Katanya, program berkenaan adalah kolaborasi di antara beberapa agensi seperti YADIM Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBS), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Belia Sabah (MBS).

“Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara pelbagai kaum di negeri ini terutama di kalangan golongan belia.

“Penyertaan pelbagai lapisan masyarakat membuktikan bahawa program seperti ini mampu memberi impak dari segi perpaduan kaum walaupun dilaksanakan secara ringkas dan santai sahaja,’’ katanya.

Beliau berkata, program berkenaan juga adalah bagi menyahut seruan kerajaan dan mahukan setiap anggota masyarakat menjalani gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti menyihatkan badan.

Tetamu kehormat yang hadir termasuk  Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Haji Tawfiq Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar,   Timbalan Ketua Pengarah DBKK, Tuan Haji Bahari Haji Hassan, Timbalan Presiden MBS, Azuwan Marjan,  Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Bandaraya,   Ustazah Dayang Kamariah Awang Yahya dan  Timbalan Pengarah Lembaga Tabung Haji Sabah,  Norsaiful Adlan Mohd Dimyati.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *