Home » Citra Yadim » Program bersama Orang Asli antara keutamaan YADIM Johor

Program bersama Orang Asli antara keutamaan YADIM Johor

JOHOR BAHRU – Program bersama komuniti Orang Asli akan menjadi antara keutamaan YADIM Johor tahun ini.

Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, antara yang dirancang ialah seminar Orang Asli, program kebajikan dan sebagainya.

“Saya percaya rakan rakan strategik YADIM mempunyai program tanggungjawab sosial mereka sendiri, tetapi apa salahnya badan badan korporat ini bergabung dengan YADIM bagi tujuan dakwah Orang Asli,” katanya pada program Ramah Mesra YADIM Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Johor.

Seramai 60 wakil daripada 30 NGO hadir dalam pertemuan ini.

Antara yang dibincangkan ialah bentuk kerjasama, hala tuju dan cadangan program yang boleh dijalankan bersama.

Dalam pada itu Datuk Hasanuddin menambah, pihaknya juga akan menjemput beberapa syarikat korporat untuk bekerjasama bagi tujuan dakwah kepada Orang Asli itu.

Terdahulu diadalan pertemuan bersama ketua ketua agensi agama Islam di negeri ini, yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Yang Berhormat Mohd. Fared Mohd Khalid dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Dr Nooh Gadut.

Selain bertujuan memperkenalkan kepimpinan baharu YADIM, ia juga bagi membincangkan penambaikan kepada program program bersama yang dilaksanakan ketika ini dan akan datang.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *