Home » YADIM MADANI » Program Bicara Dakwah Madani Maulidur Rasul 1447H

Program Bicara Dakwah Madani Maulidur Rasul 1447H

BULAN Rabiulawal kembali lagi, bulan penuh rahmat yang menyaksikan kelahiran insan agung, Nabi Muhammad SAW – qudwah sepanjang zaman.
Sempena menghidupkan bulan penuh sejarah ini, YADIM Negeri Terengganu dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Haji Awang Chik, Batu Buruk serta Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Persekutuan (JPKKP) Batu Buruk telah menganjurkan Program Bicara Dakwah Madani Maulidur Rasul 1447H pada 2 September di surau berkenaan.
Sekitar 150 hadirin termasuk pelajar Madrasah Ribat Anwarussofa serta masyarakat setempat hadir, memaknai Rabiulawal dengan cinta dan selawat ke atas Baginda SAW.
Seusai solat Maghrib, majlis diserikan dengan lantunan qasidah dan selawat yang mendidik jiwa, membawa kita dekat dengan Rasulullah SAW yang diketuai oleh Kumpulan Qasidah Madrasah Ribat Anwarussofa.
Kemuncak acara adalah tausiyah disampaikan oleh Mudir Madrasah Ribat Anwarussofa, Ustaz Syed Abdul Matin Syed Husin Al Idrus, bertajuk ‘Rasulullah Qudwah Sepanjang Zaman’. Beliau mengupas hadis-hadis yang menggambarkan cahaya yang ada pada diri Rasulullah SAW – cahaya yang terus memandu umat hingga kini.
Majlis diteruskan dengan solat Isyak dan solat hajat berjemaah, sebagai tanda syukur dan pengharapan sempena bulan yang penuh keberkatan ini.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengerusi JPKKP Batu Buruk, Encik Khairul Anuar Che Ali, Pengerusi Surau Haji Awang Chik, Haji Hashim Abu Bakar, serta Penyelaras Program, Ustaz Mohd Nor Musa.
Dalam kesempatan ini, YADIM Negeri Terengganu menzahirkan harapan agar semangat Rabiulawal bukan sekadar diraikan, tetapi terus menyemai kecintaan kepada Rasulullah SAW dalam jiwa masyarakat. Moga program sebegini menjadi wasilah untuk memperkukuh iman, mempererat ukhuwah dan melahirkan umat yang menjadikan sunnah Baginda sebagai panduan hidup.

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *