Home » Citra Yadim » Program CSR Sukarelawan Al-Falah di Pulau Carey

Program CSR Sukarelawan Al-Falah di Pulau Carey

IMG-20171114-WA0023 IMG-20171114-WA0043

PUTRAJAYA 15 Nov. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menerusi pasukan Sukarelawan Al-Falah telah mengadakan program khidmat bakti bagi membaik pulih Surau Ar-Rahman, Kampung Sungai Judah, Pulau Carey pada 14 November.

Eksekutif Kanan Sukarelawan Al-Falah YADIM berkata, program itu melibatkan ahli-ahli pasukan Sukarelawan Al- Falah Warga Mas Shah serta warga pendidik Sekolah Kebangsaan Sungai Judah.

“Sememangnya program khidmat bakti ini adalah di antara beberapa program yang dilaksanakan oleh YADIM menerusi pasukan Sukarelawan Al-Falah dari semasa ke semasa dengan melibatkan kawasan-kawasan kampung dan penempatan Orang Asli.

“Menerusi program seperti ini, YADIM dapat mendekati masyarakat di kawasan luar bandar dan memberi bantuan kepada komuniti sebagai salah satu pendekatan dakwah,’’ katanya.

Beliau berkata, antara kerja-kerja  lain yang dilaksanakan dalam program berkenaan  termasuk membaik pulih tandas dan mengecat  Surau Sekolah Kebangsaan Kampung Judah.

Pasukan Sukarelawan Al-Falah ditubuhkan YADIM adalah sebagai wadah penggerak kesukarelawanan masyarakat setempat untuk menyemarakkan usaha dakwah melalui khidmat masyarakat dan menyuburkan ukhuwah Islamiyyah.

Pasukan berkenaan ditubuhkan di kawasan-kawasan kampung, hospital, komuniti bandar dan sebagainya.

Artikel Berkaitan

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *