KUALA TERENGGANU — Program Forum Perdana MADANI telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Duyung, Kuala Terengganu, sebagai sebahagian daripada pengisian sempena Sambutan 100 Tahun Penubuhan sekolah berkenaan pada 24 September.
Program tersebut menampilkan Penolong Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Ali Azfar Khairul Faiz sebagai panel pertama, manakala Ahli Zamalah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Wan Ahmad Radzi Wan Ramli tampil sebagai panel kedua.
Forum berkenaan menjadi ruang perkongsian ilmu dan pandangan berkaitan nilai-nilai kehidupan, pembentukan sahsiah serta peranan masyarakat dalam melahirkan generasi yang mempunyai jati diri dan nilai murni.
Penganjuran forum sempena 100 tahun penubuhan SK Duyung turut menjadi sebahagian daripada usaha menghidupkan sambutan bersejarah sekolah dengan pengisian yang memberi manfaat kepada warga sekolah dan komuniti setempat.



KOMEN