Home » Citra Yadim » Program Iftar Rumah Teduh Perlis

Program Iftar Rumah Teduh Perlis

KANGAR – Rumah Teduh Perlis di sini merupakan sebuah pusat yang memberi perlindungan untuk anak anak yatim, kanak kanak terbiar dan mereka yang memerlukan perlindungan.

Bertujuan menyantuni dan memberi keceriaan kepada mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis pada 7 Mei telah mengadakan majlis berbuka puasa untuk mereka.

Terlibat sama menjayakan program ini ialah Rakan Siswa YADIM dan Sukarelawan YADIM Perlis.

Seramai 50 penghuni Rumah Teduh Perlis disantuni dalam program ini.

Selain jamuan berbuka puasa, kanak kanak ini juga menerima sedikit sumbangan hari raya.

Pengarah YADIM Perlis, Hafsah Hussain hadir ke program ini, yang merupakan sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *