Home » YADIM MADANI » Program Jiwa Madani di Pejabat Penerangan Daerah Machang

Program Jiwa Madani di Pejabat Penerangan Daerah Machang

YADIM Kelantan dan Jabatan Penerangan (Japen) terus merapatkan hubungan sebagai rakan strategik.
Pada 10 Mac, keduanya bekerjasama dalam penganjuran Program Jiwa Madani di Pejabat Penerangan Daerah Machang.
Siri ketiga program ini menyaksikan Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, Tuan Nik Mohamad Anuar Badiruddeen ditampilkan sebagai penceramah jemputan program dengan tajuk ‘Penjelasan Isu Enakmen Kanun Jenazah syayriah Kelantan (1) 2019.
Seramai 40 pemimpin komuniti dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Kemuning, Temangan dan Pulai Chondong hadir ke program ini.
Ucapan perasmian program telah disampaikan oleh Pengarah Japen Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md. Nor.
YADIM diwakili oleh Penolong Pengarahnya Ustazah Yusnita Mohamed Yusoff. Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Daerah Machang, Encik Wan Seman Wan Bedollah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *