Home » Citra Yadim » Program Keluarga Harmoni Organisasi Madani

Program Keluarga Harmoni Organisasi Madani

INISIATIF Menanamkan Kefahaman Gagasan Malaysia Madani diteruskan lagi oleh YADIM Terengganu menerusi Program Keluarga Harmoni Organisasi Madani pada 22 September.
Program di Setiu ini dihadiri seramai 112 pegawai dan kakitangan Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN).
Penerangan dan pengisian ceramah disampaikan oleh Ketua Jabatan Kenegaraan Dan Ketamadunan Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Madya Dr Firdaus Khairi Abdul Kadir sebelum Ketua Pengarah LKTN, Haji Idris Mohd Salleh merasmikan program.
YADIM diwakili oleh penyelaras program, Puan Nor Mazila Mohd Zin. Badan dakwah ini merupakan rakan kerjasama bagi program ini.
Program pencerahan dan menyuburkan kefahaman Aspirasi Malaysia Madani seperti ini akan digiatkan lagi oleh YADIM Terengganu selepas ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *