Home » Citra Yadim » Program Masjid Open Day anjuran Masjid Al Bukhary Pulau Pinang

Program Masjid Open Day anjuran Masjid Al Bukhary Pulau Pinang

MASJID Open Day anjuran Masjid Al Bukhary Pulau Pinang, Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang dan YADIM Negeri Pulau Pinang telah berlangsung pada 24 September di Masjid AlBukhary Pulau Pinang.
Program telah dirasmikan oleh Pegawai Khas, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang mewakili Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Haji Abdul Rashid Abd Jalil.
Program ini bertujuan untuk berkongsi kefahaman Islam dengan masyarakat bukan Islam persekitaran masjid supaya dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang saling hormat-menghormati dan memahami kepercayaan serta budaya masing-masing dalam suasana harmoni.
Seramai lebih 70 orang masyarakat bukan Islam hadir ke masjid dan menyertai aktiviti jelajah masjid.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya demonstrasi ibadah dalam Islam seperti berwuduk, azan, solat dan penerangan Surah Al-Fatihah serta Surah Al-Ikhlas.
Turut diadakan ialah senaman Taici, pameran baginda Nabi Muhammad dan Al-Quran, pemeriksaan kesihatan percuma, peraduan mewarna untuk kanak-kanak, sumbangan kepada asnaf dan cabutan bertuah.
Turut hadir Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Fadzil Alias.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *