Home » Citra Yadim » Program Maulidur Rasul YADIM Sabah

Program Maulidur Rasul YADIM Sabah

KOTA KINABALU 14 Dis. – Sempena sambutan Maulidur Rasul 1438H, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan pelbagai program bagi menyemarakkan lagi sambutan memperingati kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.

Pengarah YADIM Zon Sabah, Samin Ongki berkata, program-program berkenaan diadakan secara kerjasama dengan pelbagai pihak di Sabah termasuk kerajaan negeri sendiri dan meliputi pelbagai golongan masyarakat termasuk penduduk di kawasan pedalaman.

“Program pertama diadakan adalah Kuliah Maghrib bersama tokoh pendakwah terkenal, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari An Nadwi Al Maliki bertempat di Masjid Ar-Rahman Pekan Ranau, Sabah,’’ katanya.

Beliau berkata, program berkenaan yang  turut hadir dihadiri oleh Yang Dipertua YADIM, Dr Yusri Mohamad telah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat.

Menurutnya, selain program berkenaan, YADIM turut menyertai program ziarah ke Hospital Beaufort bersama Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat BN Sabah (Bakisa) dan Perbadanan BaitulMal Negeri Sabah.

“Kunjugan amal itu diketuai isteri Ketua Menteri Sabah yang juga Yang Dipertua Bakisa, Datin Seri Panglima Datuk Faridah Tusin, serta disertai oleh ahli-ahli badan berkenaan,’’ katanya.

Beliau berkata, pada lawatan berkenaan, rombongan telah menyampaikan sumbangan kepada para pesakit bagi memberikan semangat dan dorongan kepada mereka ketika terlantar di hospital.

Menurutnya, YADIM turut menyertai acara sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang diadakan di Beaufort.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *